- -20%
Foklor Sabah: Koleksi Cerita Rakyat Sabah
Author: Lokman Abdul Saman & Mohd Suhaimi Md Yassin
Year Published: 2019
ISBN: 978-967-2166-56-6
Koleksi Cerita Rakyat Sabah mengandungi 37 buah cerita rakyat yang disaring, disusun dan disunting semula setelah melalui proses kajian lapangan. Melalui penelitian ringkas, cerita-cerita rakyat ini membawakan tema yang pelbagai merangkumi kepelbagaian cerita rakyat yang dipaparkan. Persoalan tentang kehidupan dan kemanusiaan mempengaruhi cerita rakyat Sabah yang terdapat dalam buku ini.
Melalui maklumat dari masyarakat setempat, penulis mendapati bahawa cerita rakyat yang disampaikan adalah suatu gambaran berhubung peristiwa-peristiwa yang dianggap penting bagi masyarakat Sabah. Misalnya, peristiwa penjajahan Jepun banyak mempengaruhi cara hidup masyarakat Sabah sehingga kini. Selain itu, mitos tentang suatu legenda dan peristiwa penting seperti kehidupan alam bunian dan alam ghaib juga menjadi bahan penceritaan yang sering didengar dan diceritakan dari dulu hingga kini. Penulis memahami bahawa cerita-cerita alam ghaib ini sangat sinonim dengan alam kehidupan masyarakat Sabah dan Malaysia amnya. Penulis mendapati kepercayaan kepada alam ghaib ini telah sebati dalam jiwa masyarakat Sabah. Melalui kepelbagaian cerita rakyat ini juga, wujudnya pemaparan kebudayaan Masyarakat Sabah merentas pelbagai kaum di sekitarnya.
Berdasarkan cerita rakyat ini, terdapat elemen alatan muzik di sebahagian cerita memperlihatkan nilai seni budaya berkembang dari dulu sehingga kini dan menjadi suatu nilai kebudayaan yang bernilai. Berpandukan kepada keseluruhan cerita yang dipaparkan, ia membawa suatu nilai pendidikan baharu kepada pembaca kerana unsur-unsur cerita rakyat yang segar dan tidak lapuk dimamah zaman.
Data sheet
- Height
- 25.5 cm
- Width
- 18 cm
- Depth
- 0.6 cm
- Weight
- 0.50 kg
- Year
- 2019
Specific References
16 other products in the category
Insights into the...
This book is a compilation of research findings that explicitly discussed the hospitality...
- -20%
GIS for Everyday Problems
This book is a collection of articles on various topics in the study of geographic information...
- -20%
Ketara Sedar: Teknik...
Buku ini memaparkan penetahuan awal berkaitan ilmu ketara sedar yang mengetengahkan asas dan...
- -20%